Bismillahirrahmanirrahim,
Setelah sekian lama akhirnya satu lembaran baru Catatan Gadis Minangkabau dapat diwujudkan melalui blog ini. Setelah sekian lama juga saya terpaksa menangguhkan minat sebenar saya dalam dunia pembacaan dan penulisan kerana menghadapi pelbagai kekangan atau halangan sebelum ini.
Terus terang saya bukanlah jaguh dalam bidang penulisan. Pengalaman saya juga amatlah sedikit. Ilmu saya juga cetek. Selama ini saya hanya sekadar membaca penulisan orang sahaja dan menakrifkan hasil penulisan orang lain dari sudut pandangan saya kepada keluarga dan teman-teman rapat saya. Itupun bukanlah banyak hasil penulisan yang telah saya baca. Timbul satu keinginan untuk saya mulakan perkongsian pandangan, idea atau ilmu yang saya ketahui dalam bentuk penulisan.
Melalui Blogger, saya gunakan aplikasi ini sebagai medium untuk mengaprisiasikan perasaan, luahan hati dan pandangan atau idea berdasarkan pembacaan dan pengalaman saya. Bagi saya sebagai permulaan, tidak mengapalah jika saya hanya melakukan penulisan yang ringkas di blog. Walaupun dahulu saya telah pun ada laman blog saya sendiri tapi saya lebih memilih untuk membuka lembaran baru sesuai dengan matlamat baru saya untuk lebih mendekati, mendalami dan meluangkan masa dengan dunia pembacaan buku-buku ataupun bahan bukan buku yang memberi input yang bermanfaat yang mampu meluaskan pandangan mata dan akal fikiran.
Melalui blog ini juga, saya berharap berlaku perkongsian ilmu yang manfaatnya diperoleh oleh kedua-dua pihak, pembaca dan penulisnya sendiri dengan memberikan maklum balas dan sudut pandangan yang berbeza. Sebagai permulaan, saya kongsikan esei sejarah di dalam blog ini. Segala kekurangan dan kesilapan ejaan dalam esei tersebut harap dimaafkan.
1 ulasan :
Casino Tycoon Review & Bonus Code - JtmHub.com
Casino Tycoon review, bonus codes & promotions. Deposit bonus, games selection, live casino, casino, and 이천 출장마사지 betting options. Play 사천 출장샵 the slot games and Rating: 5 고양 출장마사지 · 광주광역 출장마사지 Review 군산 출장마사지 by Joseph Falchetti
Catat Ulasan